Halaman

Qincay Office

Qincay Office

Rabu, 04 April 2012

HIKMAH CEMBURU BUTA


Kelahiran Muawiyah yang akan menjadi orang besar sudah diramal oleh seorang tukang tilik di
zaman jahiliyah. Hindun bin Utbah ibu kepada Muawiyah pernah berkahwin dengan seorang
lelaki bernama Fakih bin Al-Mughirah sebelum berkahwin dengan Abu Sufyan. Fakih seorang
Arab yang sangat suka menerima tetamu, bahkan dia punya satu rumah khusus yang disediakan
untuk tetamu dan orang musafir. Rumah tersebut dibuka siang dan malam dan boleh ditempati
oleh tetamu dan musafir tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu.
Suatu hari, rumah tetamu tersebut sedang kosong, maka Fakih membawa Hindun beristirehat dan
berbaring-baring di rumah tersebut. Sebentar kemudian Fakih keluar untuk suatu keperluan dan
Hindu tertidur di situ sementara menunggu suaminya. Tiba-tiba datang seorang lelaki tetamu
yang ingin beristirehat di rumah tersebut dan masuk ke dalam, tapi dia melihat seorang
perempuan sedang tidur di dalamnya. Oleh kerana itu, dia segera keluar semula. Ketika lelaki itu
keluar, Fakih datang dan melihatnya. Kecurigaan pun timbul di dalam hatinya, mukanya berubah
menjadi merah. Fakih terus masuk dan menendang isterinya yang sedang tidur. Hindun terkejut
dan cuba bangun dalam keadaan terhoyong-hayang.
"Ada apa? Ada apa?" kata Hindun dalam keadaan gugup.
Pertanyaannya tidak dijawab, tiba-tiba Fakih telah bertanya dengan nada yang keras, "Siapa lelaki
yang bersamamu tadi?"
"Lelaki? Mana ada...aku tidak melihat sesiapa, aku tidur dan baru terjaga setelah dikejutkan oleh
engkau..." jawab Hindun.
Al-Fakih terus menuduh, tapi Hindun terus mempertahankan kejujurannya. Maka terjadilah
perang mulut di antara kedua-dua suami isteri itu.
"Baliklah engkau kepada keluargamu." kata Fakih menghalau Hindun.
Hindun terus bingkas dan balik ke rumah ayahnya. Sementara orang ramai memperkatakan
mereka dari mulut ke mulut sehingga terdengar juga oleh Utbah, ayah Hindun.
"Wahai anakku, sesungguhnya orang ramai telah saling memperkatakan engkau. Maka hendaklah
engkau ceritakan kepadaku perkara yang sebenarnya. Jika lelaki yang dimaksudkan itu benarbenar
ada, aku akan mengutus orang untuk membunuhnya, agar cerita itu lenyap. Sebaliknya jika
berita itu bohong aku akan bertahkim kepada tukang tilik di Yaman." kata Utbah kepada Hindun.
Hindun bersumpah kepada ayahnya bahawa berita itu tidak pernah ada, dia tidak pernah berlaku
curang dan tidak pernah mengkhianati suaminya. Berdasarkan keterangan Hindun itu, Utbah
memanggil Fakih dan berkata: "Engkau telah menuduh anakku dengan tuduhan yang besar. Oleh
kerana itu aku akan ajak engkau agar bertahkim kepada tukang tilik di Yaman."
"Boleh," jawab Fakih.
Pada hari yang telah ditetapkan, Fakih berangkat ke Yaman bersama sejumlah kaum keluarganya
dari Bani Makhzum, sementara Utbah dan Hindun berangkat bersama sekumpulan kaum
keluarganya dari Banu Abdi Manaf. Apabila hampir sampai ke tempah bomoh yg di tuju, tibatiba
wajah Hindun berubah menjadi pucat seperti orang ketakutan.
"Wahai anakku, mengapa keadaanmu tiba-tiba berubah seperti ketakutan? Ini pasti ada sesuatu
yang engkau rahsiakan. Ayuh cakap terus terang aja." kata Utbah kepada Hindun.
"Wahai ayahku, demi Allah, aku tidak menyimpan apa-apa rahsia yang ditakuti. Tapi aku tahu
bahawa engkau akan datang keapda seorang manusia tukang ramal, yang kadang-kadang salah
dan kadang-kadang benar. Aku merasa tidak aman, khuatir tekaannya salah, maka aku akan
menjadi umpatan dan cacian bangsa Arab." jawab Hindun.
"Jangan khuatir wahai anakku, aku akan menguji ahli nujum itu terlebih dahulu sebelum menilik
dirimu, sama ada dia betul tahu atau hanya sekadar meneka-neka." kata Utbah.
Utbah ingin mengetahui sama ada tukang tilik it betul-betul mahir atau hanya sekadar menekaneka.
Sebelum dia masuk ke rumah si ahli nujum, Utbah mengambil sebiji gandum lalu
disorokkan ke bawah pelana kudanya. Kemudian rombongan itu masuk ke rumah tok nujum dan
disambut dengan gembira dan penuh kehormatan.
"Wahai tok nujum, aku datang kepadamu untuk suatu urusan. Sebelumnya aku telah
menyorokkan sesuatu untuk mengujimu, cuba sebutkan apa itu?" kata Utbah.
"Hahaha....Engkau hanya menyorokkan sebiji bijiran sahaja." kata si tukang tilik.
"Aku ingin engkau terangkan lebih jelas." pinta Utbah.
"Bijiran itu adalah sebiji bijiran gandum yang ada dicelah-celah pelana kudamu. Betul tak?" kata
si tukang tilik.
"Engkau betul." kata Utbah. Utbah sangat kagum akan kepandaian si tukang tilik itu, maka dia
pun yakin dapat meneka keadaan Hindun dengan tepat.
"Nah sekarang, terangkan keadaan perempuan-perempuan itu." kata Utbah sambil menunjuk
kepada perempuan-perempuan yang terdiri dari Banu Makhzum dan Bani Abdi Manaf itu.
Tukang tilik bangkit dan menghampiri perempuan-perempuan yang duduk bersimpuh di situ lalu
ditepuk bahunya satu-satu persatu sambil berkata: "Bangun..!" setiap kali menepuk bahu seorang
di antara mereka. Apabila tiba giliran Hindun, tukang tilik menepuk bahunya sambil berkata:
"Bangun...! Tidak buruk dan tidak penzina. Dia bakal melahirkan seorang raja yang bernama
Muawiyah."
       Al-Fakih yang menyaksikan demonstrasi ahli nujum itu sejak tadi, sangat gembira apabila
mendengar tentang isterinya. Dia segera menghampiri Hindun lalu dipegang tangannya dengan
mesra. Tapi, tiba-tiba Hindun menarik tangannya dari genggaman suaminya itu dengan kasar.
"Mengapa pula engkau ini?" tanya Fakih dengan terkejut.
"Berambuslah engkau dari sini. Demi Allah aku ingin anak itu lahir dengan seorang lelaki selain
engkau." kata Hindun lalu pergi meninggalkan Fakih.
Seterusnya, Hindun pergi kepada ayahnya sambil berkata: "Wahai ayahku, sekarang akulah yang
memiliki diriku sendiri. Oleh kerana itu, janganlah engkau kahwinkan aku dengan lelaki tanpa
persetujuanku."
          Fakih sangat menyesal kerana terlalu cemburu buta. Kemudian Hindun berkahwin dengan Abu
Sufyan atas pilihannya sendiri. Pasangan itu melahirkan ramai anak yang seorang di antaranya
bernama Muawiyah yang kemudian menjadi pengasa dan Raja Daulat Bani Umayyah yang
pertama. Rupanya tindakan cemburu buta Fakih mengandungi hikmah besar bagi Abu Sufyan.
Dia dapat isteri hebat dan menjadi ayah kepada orang besar.

Tidak ada komentar: